Jom bantah sekeras2nya demi masa depan!!!

Anda pernah x membaca Pembinaan Pusat pemprosesan "Rare Earth Ore" (REO) di kuantan oleh syarikat Lynas dari Australia. Pembinaan yg dijangka dapat meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi negara dengan menambah bilangan pelabur asing. Tahniah atas usaha dan niat murni pihak kerajaan. Tp kenapa nasib rakyat diperjudikan demi tujuan ini?

Cara penghapusan sisa toksik dan radioaktif menjadi topik utama bantahan. Sejauh mana mereka pasti tiada berlakunya pencemaran bahan radioaktif hasil buangan kilang mereka, kita pun x tau. Perlukah kita melihat tragedi hitam Bukit Merah berlaku kembali. 9 kes leukimia telah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut dalam masa 5 tahun yg lalu yg mana kita sedia maklum bukit merah dahulunya merupakan tempat perlombongan ORE oleh syarikat jepun. Pembinaan kilang pemprosesan REO ditempatkan di gebeng kuantan semmgnya berada dalam lingkungan pusat perindustrian, namun begitu perlu juga diingatkan tempat itu amat dekat dengan kawasan perumahan dan perkampungan yg kebnyakannya nelayan dan amat bergantung dengan hasil perikanan. Malah ikan2 hasil tangkapan disini juga akan di pasarkan keseluruh tanah air. Mahukah kita nanti melihat hasil2 perikanan dicemari sisa toksik dan radioaktif?Malah ia akan dipasarkan keseluruh negara!!!tentu tidak bukan.

Juga agak hairan kenapa syarikat Australia ini tidak memproses sendiri REO di negaranya sendiri. Ada kawasan padang pasir yg amaaaatttt luas dan tidak digunakan. Kalau dipikir2kan, bukankah hanya akan menambah kos pembuatan kalau hanya menghantar bahan mentah ke Malaysia berbanding trus memproseskannya di negara sendiri. Pelik?pihak yg berwajib x sedar dan x nampak kah mungkin ada udang di sebalik batu.

Terengganu yg merupakan tapak cadangan asal pembinaan kilang ini juga telah membatalkannya atas sbb2 keselamatan. Kenapa mesti diteruskan di Kuantan pahang?iskh2...pelik.kalau alasan utk menjana ekonomi negara, kan masih byk cara lain. Mengapa negara kita yg sememangnya kaya dengan sumber alam, kurangnya bencana alam, tanah yg subur dan negara yg aman hanya dapat memikirkan dengan cara membawa teknologi berisiko ke dalam negara. Kenapa tidak pertanian?perikanan?etc..Kita adalah negara yg kaya dengan sumber alam dan haruslah bersyukur dengan nikmat ini. Sy yakin Malaysia mampu buat yg lebih baik dari hanya menjadi "tong sampah dunia".


JOM SIGN PETITION BANTAHAN PEMBINAAN!!!!
http://apps.facebook.com/petitions/1/membantah-binaan-pusat-pemprosesan-lynastanah-jarangdi-malaysia/

http://apps.facebook.com/petitions/1/stop-lynas/


Info berkaitan isu:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kuantan-mp-to-fight-rare-earth-plant-in-two-parliaments/

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-reps-claim-rare-earth-plant-no-threat-to-kuantan/


-Orang E_(hati+akal=Hakal 34)-

1 comments:

ainaez said...

jom bantah beramai2!!!:D

Post a Comment