Fatwa_haram merokok!!!!


Mungkin masih ramai di kalangan kita yang masih belum tahu akan hal ini, mungkin sbb itu jugalah aktiviti merokok masih berleluasa di Malaysia. (Penulis cuba bersangka baik kepada perokok2 walaupun kebanyakan mereka mengetahui merokok itu haram)

Merokok itu haram!!!!! Hal ini amat jelas sebenarnya, kita sendiri boleh memikirkan baik buruk hasil amalan merokok. Ada juga sebilangan perokok tegar yang mempertikaikan pengharaman amalan merokok dan menyatakan merokok juga ada kebaikannya (membantu ekonomi negara, menenangkan fikiran, dan lain2). Kenyataan ini jelas sekali tidak wajar, jika keburukan mengatasi kebaikan, apakah masih perlu dipersoalkan hakikat ini?.

Cuba anda fikirkan sejenak, daging babi diharamkan tiada orang yang memakannya. Mengapa apabila rokok diharamkan masih ramai yang merokok. Bukankah hukumnya sama, yang haram tetap haram. Malah ramai perokok tahu merokok itu tidak elok. Namun mereka masih merokok. Pelik.

Sebab Islam Mengharamkan Rokok.

1. Menjejaskan mental (akal) dan kesihatan fizikal.
2. Membahayakan kesihatan orang lain dan diri sendiri.
3. Merosakkan keturunan
4. Mencetus kepada perilaku buruk.
5. Mensia2kan waktu.
6. Mengandungi bahan2 berbahaya.
7. Membazirkan harta.
8. Tanda kufur atas nikmat pemberian Allah.

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:

"Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya. (Al-A’raf : 157)


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan

(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.”

(Al-Baqarah ayat 195)


Fatwa pengharaman rokok:

p/s- pada kawan2 yg merokok tu. berenti je la merokok. nanti kalo dah sakit, jangan salahkan org lain.


-Orang E_(hati+akal=Hakal 31)-

Rahsia Awet Muda!!!


Anda ingin sentiasa kelihatan muda?senang saja. Minumlah air masak (sebaik2nya air mineral) 2 liter sehari, lebih kurang 8 gelas besar. Jikalau anda berasa dahaga jangan sesekali mengamalkan minuman2 seperti coke, pepsi, kopi susu, ice lemon tea dan lain2 kerana minuman2 sebegini bertindak sebagai ejen diuretik. Apa pula ejen diuretik??

-Ejen diuretik merupakan bahan yg bertindak mengeluar kan air dari sel2 badan dan menggalakkan pembentukan urin (air kencing).

Kandungan gula dan kafein didalam minuman2 ini akan menarik air keluar dari dalam sel badan manusia bagi meneutralkan paras pH dan elektrolit dalam darah. Pengeluaran air dari badan anda ketika anda kehausan (tanda kekurangan air dalam badan) secara x lansung akan mengakibatkan keadaan dehidrasi sel yg mana merupakan punca utama proses penuaan. Salah satu cara bagi menentukan anda dehydrasi atau tidak ialah dengan melihat warna urin anda. Jika kekuningan gelap, anda mungkin sedang mengalami dehydrasi.

Tidaklah sesusah mana untuk mengamalkan petua ini, hanya memerlukan sedikit usaha sahaja. Disamping dapat membantu mengekalkan keremajaan badan, duit pun dapat dijimatkan dan dapat mengelak dari penyakit seperti diabetes. Mari kita perbanyakkan meminum air masak. Mulalah hari ini.

p/s- nak try tulis artikel dalam bahasa melayu yg betul. :D



-Orang E_(hati+akal=Hakal 30)-