Jom bantah sekeras2nya demi masa depan!!!

Anda pernah x membaca Pembinaan Pusat pemprosesan "Rare Earth Ore" (REO) di kuantan oleh syarikat Lynas dari Australia. Pembinaan yg dijangka dapat meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi negara dengan menambah bilangan pelabur asing. Tahniah atas usaha dan niat murni pihak kerajaan. Tp kenapa nasib rakyat diperjudikan demi tujuan ini?

Cara penghapusan sisa toksik dan radioaktif menjadi topik utama bantahan. Sejauh mana mereka pasti tiada berlakunya pencemaran bahan radioaktif hasil buangan kilang mereka, kita pun x tau. Perlukah kita melihat tragedi hitam Bukit Merah berlaku kembali. 9 kes leukimia telah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut dalam masa 5 tahun yg lalu yg mana kita sedia maklum bukit merah dahulunya merupakan tempat perlombongan ORE oleh syarikat jepun. Pembinaan kilang pemprosesan REO ditempatkan di gebeng kuantan semmgnya berada dalam lingkungan pusat perindustrian, namun begitu perlu juga diingatkan tempat itu amat dekat dengan kawasan perumahan dan perkampungan yg kebnyakannya nelayan dan amat bergantung dengan hasil perikanan. Malah ikan2 hasil tangkapan disini juga akan di pasarkan keseluruh tanah air. Mahukah kita nanti melihat hasil2 perikanan dicemari sisa toksik dan radioaktif?Malah ia akan dipasarkan keseluruh negara!!!tentu tidak bukan.

Juga agak hairan kenapa syarikat Australia ini tidak memproses sendiri REO di negaranya sendiri. Ada kawasan padang pasir yg amaaaatttt luas dan tidak digunakan. Kalau dipikir2kan, bukankah hanya akan menambah kos pembuatan kalau hanya menghantar bahan mentah ke Malaysia berbanding trus memproseskannya di negara sendiri. Pelik?pihak yg berwajib x sedar dan x nampak kah mungkin ada udang di sebalik batu.

Terengganu yg merupakan tapak cadangan asal pembinaan kilang ini juga telah membatalkannya atas sbb2 keselamatan. Kenapa mesti diteruskan di Kuantan pahang?iskh2...pelik.kalau alasan utk menjana ekonomi negara, kan masih byk cara lain. Mengapa negara kita yg sememangnya kaya dengan sumber alam, kurangnya bencana alam, tanah yg subur dan negara yg aman hanya dapat memikirkan dengan cara membawa teknologi berisiko ke dalam negara. Kenapa tidak pertanian?perikanan?etc..Kita adalah negara yg kaya dengan sumber alam dan haruslah bersyukur dengan nikmat ini. Sy yakin Malaysia mampu buat yg lebih baik dari hanya menjadi "tong sampah dunia".


JOM SIGN PETITION BANTAHAN PEMBINAAN!!!!
http://apps.facebook.com/petitions/1/membantah-binaan-pusat-pemprosesan-lynastanah-jarangdi-malaysia/

http://apps.facebook.com/petitions/1/stop-lynas/


Info berkaitan isu:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kuantan-mp-to-fight-rare-earth-plant-in-two-parliaments/

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-reps-claim-rare-earth-plant-no-threat-to-kuantan/


-Orang E_(hati+akal=Hakal 34)-

caller tipu, penipu, menipu..

Cume nak cerita ttg pengalaman aku kene call ngan org yg cube menipu insan suci murni mcm aku ni. Pada petang yg dingin ditiup angin econ yg sepoi2 sejuk sgt bak nafas yeti di himalaya, ade terima satu panggilan telefon dari no x di kenali n x ingin aku kenali. aku yg tgh dok tekun setelkan keje aku angkat la jwp tepon.kang bising plak satu lab dgr akunye ringtone yg x brape nak moden ni. ni la perbualan aku ngan beliau yg aku namekan makhluk penipu no 1 negara ataupun ringkasannya sallyboy :

sallyboy: "hello, ni encik muhd ezhan zenal abdul ke??" dengan nada lembut n batuk2 ala2 pesakit H1N1 yg melarikan diri dari wad kecemasan sambil di kejar anjing polis.

aku : makhluk mane plak call ni, dah la sbut name pun salah. (aku ckp dalam ati la)"hello, aah sy la tu.nape? sape ni?"

sallyboy: "sy dari AIA, kami ingin beritahu encik. encik layak utk dapat insuran free dari pihak kami. encik ade kad debit Maybank Visa kan. yg ade gambar epal tu"

aku:"oo..xde kad tu. sy pakai kad biase je yg kaler itam kuning tu" dgn ikhlas aku jwp.

sallyboy: "O, encik blum ambik lagi kad encik ke. ambik la kat mane2 cwangan maybank terdekat k.mmg dah siap dah kad encik.tukar kad tu k"

aku: "eh, bila mase plak sy ade isi borang mintak kad debit maybank"

sallyboy:"die mmg siapkan utk semua pelanggan maybank encik. Encik pergi la ke berdekatan k"

aku: "kla, nanti kalo ade mase sy pegi"aku dah syak mende pelik ni. nape beria2 sgt die suruh aku g amek kad tu. Akupun malas layan dah.

sallyboy: "kla encik, kalo encik dah ambik kad tu.sila call sy di no ni k"sambil die sebutkan no aku salin la atas kertas.

aku: layan je la sallyboy ni. aku pun bagi ayat malas layan kat die."ok, nanti la sy call kalo dah amek"

sallyboy: "ok, bye"

aku: "bye"

ni la secara ringkas n terbaik olahan yang aku wat.kalo ikutkan lagi panjng n truk bahase mamat sallyboy ni.tp aku dah wat ringkas2 je la.malas gak nak taip terperinci sgt. hehe. Kesimpulan dari call ni.ade beberape mende yg memusyikil kan aku dan mengkompomkan aku mende ni tipu.

pertama: camne AIA leh tau no aku. aku x penah plak beli insuran ape2 ngan die.suke ati je call siap tau name aku lagi.kalo pengalaman aku yg lepas siap die sebut IC aku lagi.

ke2: aku x penah isi borang plak mintak kad debit maybank.maybank pun x penah send surat suruh aku tukar kad.ni apsal sallyboy dari AIA plak yg tau. pelik tul

ke3: no tepon yg die bagi kat aku tu, suruh aku call balik.lain ngan no tepon yg die call aku.apsal ek. die pakai no tepon rumah ke ape call aku. n ikut pengalaman org lain besenye kalo try call balik no die call ni mmg x dapat la.

ke4: pengalaman aku ngan insuran ade la skit2. sbb tu aku tau, mane ade makhluk wat sale insuran kat tepon n terus send polisi kat pelanggan camtu je. agen kalo tepon pun mintak utk wat temujanji je biasenye.

ke5: die batuk2, konon2 nak wat aku kesian la.haha

ke6: tiap kali aku tanye lebih2, die cam malas nak layan aku je.

ke7: ni la yg kompom kan aku mende ni tipu. aku google no tepon die.last2 aku jupe ni.
http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0320371333/7#p197348280694879350
no tepon yg call aku 0320371666. ade aku jupe dalam forum ni. kbykan no same, lain belakang je 0320371333/1666/1888..ni same je sume.sume ckp dalam kes ni diorang mintak no kad debit.

beringat2 la sume.jgn suke2 hati je bagi no kad debit anda kat org lain.tu hak persendirian. n kalo ade org call2 mcm ni, jgn layan la.abaikan die je.kalo nak lebih cerita bace la dalam forum tu.mcm2 pengalaman ade.

p/s- ni post paling pjg penah aku wat ni..haha :P




-Orang E_(hati+akal=Hakal 33)-

skali die naik la plak...


"kurangkan makanan bergula, bykkan senaman, kurangkan makanan berlemak, amalkan hidup yg sihat"..tu la byk iklan2 kat tv.kalo amalkan kompom ensem, berbadan sasa n sihat. camne plak kalo wat mende bertentangan ngan iklan2 tu.."bykkan makanan bergula, kurangkan senaman (xpayah pun xpe..haha)bykkan makanan berlemak, xyah amalkan hidup sihat"..haa, kalo wat camni. kompom jadi cam den..naik 5kg..apela nak jadi..baru skit je rase makan, tp naik punye la cepat..ni sume salah makanan, den x salah.. sape suruh bau die kuat sgt.menggoda plak tu...

xleh tul, x encem la camni..kawin pun x lagi..kang nampak cam maskot digi lagi teruk.nasib baik x kaler kuning. ade plak dah member tegur "ko skrang nampak macam ayah orang la"..dah sampai mcam tu aku paham la,kompom la nampak cam belon udara panas kat putrajaya tu.sume org nampak.bahye2..
kalo g pasaraya ni, kompom x g timbang kat mesin penimbang yg bunyi kuat tu. kang kalo berat sgt kene kutuk kuat2. mmg x paham tul aku ngan org reka mesin tu, apsal wat suare die kuat sgt "anda gemok"..tu pun ok lagi, kalo die ckp "anda obes" lagi la x best..perlu ke camtu.abis satu pasaraya tau. :P

kene stat wat rejim la camni, kene g tasik permaisuri tiap2 minggu. tgk biggest loser, kurangkan makan nasi.kene bersenam..baru la leh masuk larian maraton, ni tgk banner rase nak masuk,tp dah tau dah.kompom jalan 1km dah semput..nampaknye terpakse la aku tinggalkan makanan2 peberet. bye2 nasi lemak, gulai lemak cili api (tukar ngan santan klape sawit ok kot..haha), bye2 burger mcD, ayam panggang sekor..tp xpe, yg penting gulai masam tempoyak maintain.kan kome ni org pahang :D

-Orang E_(hati+akal=Hakal 32)-

Fatwa_haram merokok!!!!


Mungkin masih ramai di kalangan kita yang masih belum tahu akan hal ini, mungkin sbb itu jugalah aktiviti merokok masih berleluasa di Malaysia. (Penulis cuba bersangka baik kepada perokok2 walaupun kebanyakan mereka mengetahui merokok itu haram)

Merokok itu haram!!!!! Hal ini amat jelas sebenarnya, kita sendiri boleh memikirkan baik buruk hasil amalan merokok. Ada juga sebilangan perokok tegar yang mempertikaikan pengharaman amalan merokok dan menyatakan merokok juga ada kebaikannya (membantu ekonomi negara, menenangkan fikiran, dan lain2). Kenyataan ini jelas sekali tidak wajar, jika keburukan mengatasi kebaikan, apakah masih perlu dipersoalkan hakikat ini?.

Cuba anda fikirkan sejenak, daging babi diharamkan tiada orang yang memakannya. Mengapa apabila rokok diharamkan masih ramai yang merokok. Bukankah hukumnya sama, yang haram tetap haram. Malah ramai perokok tahu merokok itu tidak elok. Namun mereka masih merokok. Pelik.

Sebab Islam Mengharamkan Rokok.

1. Menjejaskan mental (akal) dan kesihatan fizikal.
2. Membahayakan kesihatan orang lain dan diri sendiri.
3. Merosakkan keturunan
4. Mencetus kepada perilaku buruk.
5. Mensia2kan waktu.
6. Mengandungi bahan2 berbahaya.
7. Membazirkan harta.
8. Tanda kufur atas nikmat pemberian Allah.

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:

"Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya. (Al-A’raf : 157)


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan

(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.”

(Al-Baqarah ayat 195)


Fatwa pengharaman rokok:

p/s- pada kawan2 yg merokok tu. berenti je la merokok. nanti kalo dah sakit, jangan salahkan org lain.


-Orang E_(hati+akal=Hakal 31)-

Rahsia Awet Muda!!!


Anda ingin sentiasa kelihatan muda?senang saja. Minumlah air masak (sebaik2nya air mineral) 2 liter sehari, lebih kurang 8 gelas besar. Jikalau anda berasa dahaga jangan sesekali mengamalkan minuman2 seperti coke, pepsi, kopi susu, ice lemon tea dan lain2 kerana minuman2 sebegini bertindak sebagai ejen diuretik. Apa pula ejen diuretik??

-Ejen diuretik merupakan bahan yg bertindak mengeluar kan air dari sel2 badan dan menggalakkan pembentukan urin (air kencing).

Kandungan gula dan kafein didalam minuman2 ini akan menarik air keluar dari dalam sel badan manusia bagi meneutralkan paras pH dan elektrolit dalam darah. Pengeluaran air dari badan anda ketika anda kehausan (tanda kekurangan air dalam badan) secara x lansung akan mengakibatkan keadaan dehidrasi sel yg mana merupakan punca utama proses penuaan. Salah satu cara bagi menentukan anda dehydrasi atau tidak ialah dengan melihat warna urin anda. Jika kekuningan gelap, anda mungkin sedang mengalami dehydrasi.

Tidaklah sesusah mana untuk mengamalkan petua ini, hanya memerlukan sedikit usaha sahaja. Disamping dapat membantu mengekalkan keremajaan badan, duit pun dapat dijimatkan dan dapat mengelak dari penyakit seperti diabetes. Mari kita perbanyakkan meminum air masak. Mulalah hari ini.

p/s- nak try tulis artikel dalam bahasa melayu yg betul. :D



-Orang E_(hati+akal=Hakal 30)-

Ramadhan datang lagi!!!


1 Ramadhan dah dekat dah..tinggal berape jam je lagi..sampai gak kite ngan ramadhan yg lagi satu..so, ape lagi.jom la byk2 kan ibadah ek.bulan ni la pintu2 rahmat dibuke seluas2.buat baik2 skit je.berlipat4x ganda Allah bagi.cam jualan 100% diskaun.hehe.ape kate kite wat target ibadah, baru la best...so, Orang E target nak khatam Quran time Ramadhan la, xpenah lagi wat,bese x abis je..kalo khatam baru best.ade dapat email td.x susah pun sebenarnye..jom same2 amalkan ek..

- :: cara khatam Quran dalam bulan Ramadhan :: -
Bace 4 mukesurat Quran selepas solat(bace ngan terjemahan lagi bagus). 5kali solat sehari X 4 mukesurat = 20 mukesurat. 20 mukesurat = lebih kurang 1 juzuk. 1 juzuk X 30 hari= Khatam Quran.

kan senang tu..xpun, korang ikut je Orang ngaji Quran kat TV1 tiap2 malam tu..hehe :D klah.. ape2pun slamat menyambut Ramadhan..selamat berpuase ngan selamat beribadah.puase bukan takat x makan x minum je k, tp puase la semua anggota bdan tu skali.kalo bese ngumpat,xyah wat.bese tgk mende2 x elok, jgn tgk, byk lagi..korang pun tau kan..lagi satu topik penting, jgn la dok membeli makanan byk sgt time bukak pose tu, mmbazir je.beli berpada2 k.

ni ade sedikit ingatan pade sape2 yg bese makan bukak pose buffet hotel.pilih la hotel yg betul2 kompom ade cert halal k.sbb td ade terbace dalam fb Misz A,ttg buffet Ramadhan kat hotel ni kalo ade mase korang bace la k.

Isu Buffet Hotel bulan Ramadhan

SALAM RAMADHAN DAN JOM BYKKAN IBADAH!!!!!
Ameennn!!!

-Orang E_(hati+akal=Hakal 29)-

Istana Negara Baru??

Pernah x korang terbaca isu istana negara baru Malaysia yg sedang di bina skrang ni..dulu bajet asal thun 2006, hanya RM400 mil.sekrang ni setelah diluluskan dah naik sekali ganda plak dah bajet die, sampai 800 mil..iskh2..xtau la apsal jadi camtu.korang pun leh pikir kan kenape..lagi satu isu hangat ttg pembinaan istana negara baru ni, ttg pemberian tender..sepatutnye, buat la tender terbuka, baru adil.tp ape yg berlaku tender diberikan secara direct nego kepada syarikat Maju Maya Sdn Bhd...x tau la ape nak ckp..Isunye di sini bukan nak menghalang niat nak buat istana baru, xpe la.kami faham keperluan tu..tp elok la di buat dgn tulus dan adil..isu pemberian tender dan pertambahan bajet melampau ni dah lame dah kami selaku rakyat nampak..hmm..lagi satu, kenape perlu skrang. kata negara ade masalah kewangan, dah la harga minyak naik, tarik subsidi tu, subsidi ni. bila harga minyak naik, semua la nak naik, harga gula naik, tepung naik, roti naik..hmm..apepun, korang pikir2 kan la ek..PEACE!!!!!


Ingin tahu lebih lanjut-
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rm800m-bill-for-new-istana-negara/
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=8367&Itemid=75
http://banihassim.blogspot.com/2008/06/plan-istana-negara-barumarvellous.html

-Orang E_(hati+akal=Hakal 28)-

Mari2!!!!Peluang Hebat!!!!


Haaa!!!ada nampak itu iklan..ape lagi, jom la bramai2 join.siape2 yg berpeluang, x kire orang pahang, org kuala lumpur, Malaysian, non-malaysian..jom join bramai2 kalo ade kesempatan..bukan slalu ade pluang blaja dari org yg hebat ni..Juara akademi Al-Quran musim pertama, Abdullah Fahmi..
sumber- http://asshikhanipah.blogspot.com/

-Orang E_(hati+akal=Hakal 27)-

Jom blaja "10 Budak Hitam"

Tetibe Orang E tringat lagu ni bile dok wat keje td..Saje je la mule2 konon2 nak bukak tgk ade ke tak lirik die kat internet..cek2, mmg ade lagu betul pun..Orang E baru tau..ingatkan lagu blaja kat skolah rendah je..iskh2..Lagu oleh A Romzi, Sepuluh Budak Hitam

JOM NYANYI SAMA2!!!- \o/

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan
Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan
Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey…
Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat
Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga
Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua
Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati


-Orang E_(hati+akal=Hakal 26)-

Mari Meneka Meneki bersama Orang E

Tgh2 wat keje ni, tp nak gak konon2 memblog. So, Orang E post je la teka teki yg x brape nak susah n x brape senang ni..Kalo korang senang2 , try la jawab..haha..Ape lagi, kalo brani jawab la soklan teka-teki ni..hehe :D

1- Dalam byk2 air, air ape yg berani?

2- Dalam byk2 kasut, kasut ape yg keras?

3- Sebelum kite turun bas, ape dulu yg turun sebelum kite?

4- Kereta ngan motor, mane satu lagi tue?

Dah2, karang korang plak pening nak pikir..wokeh, try la jawab ek..nanti esok ke, bebile ke, Orang E post die nye jawapan..hehe :D
PEACE!!!!!

-Orang E_(hati+akal=Hakal 25)-

Burger KURA2!!!!!!

Hahaha...lawak2..Lame dah x post ape2 ni..sbb tu amek gambo ni..lawak betul gambar ni.Bg sape2 pencinta binatang tu, jgn terpedaya ngan tajuk post ni k..hehe..
PEACE!!!!




-Orang E_(hati+akal=Hakal 24)-

Telur Padi aka Century Egg

ehem2...kali ini sekali lagi Orang E ingin berckp ttg makanan.(Kadang2 rase nak tukar je jadi blog makan2):P..ok2, anda pernah tahu atau dengar "Telur padi"(Century egg). Kalo dulu mase Orang E d sarawak, mmg dah slalu makan telur ni..tp baru2 ni Orang E baru dapat tahu yg senang je rupenye nak dapat telur ni, byk je kat pasaraya (Tesco, carrefour, giant dan lain2).cari je kat area telur,pastu tgk Century Egg. Harga lebih kurang RM4 lebih la utk 4 biji telur..kalo sape2 yg x tau tu, mesti ingat telur tu telur masin..sbb die berbungkus gak, cume yg bezenye..telur masin di balut kaler itam, yg telur padi ni balut die kaler tanah2 skit. Susah2, korang bace je la kat paket tu, die tulis century egg..
Kalo korang 1st time tgk telur ni mmg xde slera trus..haha..nak tau knape??sbb kaler die hitam, mcm telur busuk pun ade.bau die pun punya la kuat,mcm bau ammonia atau urine skit2..hehe :P..kaler telur putih die hitam lutsinar cam agar2,pastu telur kuning jadi hitam kelabu2 skit, cam kaler lumpur tempat kerbau berkubang. Yg best nye telur ni mmg sgt sesuai utk org2 bujang..knape??sbb korang x yah nak masak dah cam telur masin..korang hanya perlu basuh je, pastu leh trus kupas..kan senang, leh trus makan ngan nasi letak kicap skit ngan cili potong skit..perghhh!!!mantop la..(style org bujang la ni.haha).
Dulu sbnrnye Orang E x brani nak makan telur ni, sbb ade mmber bgtau die rendam ngan air kencing kuda!!!..sib baik tu mitos je. Mungkin sbb bau die yg amat kuat, sbb tu dapat mitos camtu.padahal diorang wat telur ni bungkus ngan tanah liat, sekam padi, garam and limau je. ape2 pun, korang try la dulu makan telur ni. Aftertaste die mmg mantop la...best giler!!!!PEACE!!!!


Gambar sebelum di basuh


Selepas d basuh dan d kupas


Keratan rentas telur padi


-Orang E_(hati+akal=Hakal 23)-

Burger of the YEAR!!!!!!!

Tanpa segan silu dan penuh keyakinan Orang E mengiktiraf burger ini selaku burger of the YEAR!!!!
"Burger Double Kawin Special Cheese Blackpepper Cili Api" mmg memberikan kepuasan yg menakjubkan kepada pembelinya..dengan menggunakan burger ayam dan daging ramlee,d masak secara garing bersama beberapa sos dan rempah istimewa, di selitkan cheese dan d balut bersama telur ayam keluaran tempatan. Kemudian dikayakan lagi rasa nya dengan sos blackpepper dan mayonis bersama hirisan cili api yg mana pastinya memberikan sensasi baru kepada anda. Apa yg bagusnya, setiap bahan sayuran rasa segar dan setiap bahan di letakkan dengan kadar yg byk( x kedekut pun). Apa lagi, abaikan McD, Carls Jr, Burger King...dan bertandang lah ke pandan jaya bg menikmati burger ini..(sokong lah industri tempatan..hehe).kompom lazat!!!!!!!!!!!peace!!!!



nyum2....gambar sebelum makan..



Keratan rentas burger menggunakan gigi..haha


p/s- maaf jika visual kurang menyelerakan, tp rasa burger ni mmg kompom best!!!!!!

-Orang E_(hati+akal=Hakal 22)-

Pentingnya Rakan2!!!! :P





-Orang E_(hati+akal=Hakal 21)-

Cross THAT Border!!!!

Baru2 ini Orang E ada menerima email yg menarik. Mmg lawak dibaca, namun itulah realiti yg berlaku kini..PEACE!!!!


Where to Cross The Border?

If You Cross The North Korean Border Illegally
You get 12 years Hard Labour.

If You Cross The Iranian Border Illegally
You Are Detained Indefinitely.

If You Cross The Afghan Border
Illegally, You Get Shot.

If You Cross The Saudi Arabian Border Illegally
You Will Be Jailed.

If You Cross The Chinese Border Illegally
You May Never Be Heard Again.

If You Cross The Venezuelan Border Illegally
You Will Be Branded A Spy And Your Fate Will Be Sealed.

If You Cross The Cuban Border Illegally
You Will Be Thrown Into Political Prison To Rot.

If You Enter Britain Illegally
You Will be Arrested, Prosecuted And Sent To Prison And Deported

If You Are An Indonesian AND ILLEGALLY CROSS THE MALAYSIAN BORDER

YOU GET:

- MyPR (Permanent Residence / Pemastautin Tetap)
- A Driving License,
- Voting Rights
- Job Reservation,
- Special Privilege to be Consider as Bumi,
- Credit Cards,
- Subsidized Rent Or A Loan To Buy A House,
- Free Education,
- Free Health Care,

Oh Malaysia , what a great country!!!



-Orang E_(hati+akal=Hakal 20)-

Terengganu Darul Runtuh???


Tajuk di atas bukan la utk menghina sesiapa, cume ingin menegaskan apa yg berlaku shj. x abis2 kes runtuh2 kat kat negeri kepok lekor ni..dok satu, satu runtuh.. bumbung skolah, bumbung stadium, terminal bas kuala berang, bumbung masjid, ni lantai UMT pulak doh..Orang E pelik juga, dah xde negeri lain ke yg nak jadi kes2 runtuh ni.slalu sangat dah.nak kate xde kelulusan kontraktor tu x tau la..ape diorang x ikut standard ke wat keje2 tu..mungkin juga ni la akibat perbuatan mensub2 kan keje.nak wat keje lantai sub kontraktor lain, keje dinding sub yg lain plak..last2 duit tinggal skit, bahan permbinaan pun d kurangkan standardnya..kasihan mangsa lantai runtuh tu, walaupun mmg ajal maut itu d tangan Allah..Namun kita perlulah mengambil langkah berjaga2.

Pihak berwajib terengganu seharusnya melihat perkara ini dengan serius..bukan sekali kes runtuh berlaku,tetapi berkali2..alahai pihak berwajib, sedarlah!!!!..ini melibatkan nyawa manusia..xkan "dah terberak baru nak cari tandas"..pikir2kan lah..moga tiada lagi kes2 seperti ini berlaku di negeri darul Iman ini..aminnnn, PEACE!!!!!



Preview Kes2 Runtuh di Terengganu



Bumbung Masjid Runtuh.


Runtuhnya Stadium 'Gah' Terengganu.


Petikan karikatur dari Harakah Daily.



-Orang E_(hati+akal=Hakal 19)-

Butterfingers - Bebas



Lirik Lagu


Enjit enjit semut siapa sakit naik
atasarus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas


Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
jangan ketinggalan nanti kita melepas
kita semua perlu tekad

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
usah buang masa itu emas
lupakanlah yang dah lepas

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Biar apa pun terjadi
saya tetap disini
menghapuskan dilema ini

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit-enjit.....

Kita semua perlu bebas ! (3x)


-Orang E_(hati+akal=Hakal 18)-

Senjata terHOT di dunia!!!!!!

Baru2 ini Orang E ada terbaca satu berita yang menarik.Anda pernah dengar nama "bhut jolokia"?? Ia merupakan cili yg diiktiraf paling pedas di dunia oleh world guiness book of records 2007. Di tanam secara meluas dan biasa di gunakan di negara India. Bhut jolokia atau "ghost chili" mampu mencapai sehingga 1,000,000 unit Scoville (unit saintifik yg digunakan utk mengukur kadar kepedasan cili). Yg mana jika dbandingkan, sos Tabasco(biasa di pizzahut) hanya 2,500 - 5,000 unit Scoville dan cili jalapeno hanya 2,500 - 8,000. Bayangkan betapa pedasnya cili ini!!!

Namun begitu,apa kaitan nya senjata dan bhut jolokia??? Pasukan ketenteraan India kini ingin mensenjatakan cili ini..bagaimana?? Cili terpedas didunia ini akan digunakan sebagai gas pemedih mata yg diapplikasikan sebagai bom tangan. Satu langkah yg bijak dari tentera india, kos yg jimat,bahan tidak bertoksid dan effektif. Mungkin kini penjahat2 di India perlu memikirkan utk menggunakan topeng gas sebagai salah satu kelengkapan wajib ketika melakukan jenayah..hahaha.. PEACE!!!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 17)-

PANAS hati, semua pun PANAS!!!!


Orang E ade satu kisah yg PANAS!!!!!hati pun PANAS je bile dengar hal ni.x sangka la kan.ade jugak menjadi perkara2 mcam ni kat Malaysia..ingat kan kat Europe je. Baru2 ni ade sorang sahabat Orang E menceritakan perihal ade hospital swasta ni yg meletakkan syarat kepada nurse2 "xleh bertudung" kalau nak bekerja dgn mereka. Biar betul!!!!ni mmg dah wat org hangin. nape la ade gak org yg biadap camni. bajet dah cukup bagus la hospital tu..padahal........walaupun korang agama lain, tp hormat la agama org lain jugak. knape perlu arahkan sampai mcm tu..alasan ape??x sedap mate memandang??bapak la lagi sopannya kalo tgk org bertudung ni...x menjage hygiene??korang x blajar ke..pakai tudung la lebih bersih..korang tgk je org2 yg sediakan makanan, kena tutup kepala ape. Masuk lab, tutup kepala,rambut kene ikat..kesimpulannye, mmg pakai tudung lagi best. xde la alasan korang nak halang orang pakai tudung ni. melainkan korang yg mmg menyampah tgk org bertudung.ape la nak jadi. Orang E pun pelik, boleh ke polisi syarikat melanggar hak kebebasan mengamalkan agama kat Malaysia ni.ke pihak berwajib dah terlepas pandang hal2 ni..apepun kita2 yg nak bekerja ni pikir2 kan lah..agama dulu ke dunia dulu. Jangan kerana dunia kita lepaskan hal agama, kerana rezki itu dari Allah.yakin la dengan kuasaNYA..PEACE!!!!!

-Orang E_(hati+akal=Hakal 16)-

Kesan Penggunaan Pipette


Tahukah anda akan peralatan yg bernama "pipette" atau pipet.Ia adalah salah satu peralatan yg dgunakan secara menyeluruh di setiap makmal kajian biologi, hampir tidak mungkin akan kita jumpa makmal tanpanya. Ia merupakan alat yg digunakan utk memindahkan sejumlah cecair dari satu tempat ke tempat yg lain. Kebiasaannya didalam volume microliter(µl)..(gambar di sebelah)

Namun begitu, adakah anda sedar atau tidak, penggunaan pipet yg berterusan mungkin akan mengakibatkan kesakitan otot di tangan anda. Hasil dari pemerhatian dan pengalaman Orang E, kebanyakan pekerja dimakmal seperti teknologis makmal dan pelajar sains secara minimumnya akan melakukan 50kali pipetan sehari.cuba anda bayangkan, tekanan yg dialami oleh tangan mereka. Orang E juga pernah melakukan pipetan sehingga 600kali sehari..mmg otot tangan akan merasa sgt letih. Ini baru sehari, jika tiap2 hari aktiviti yg sama..iskh2.. Gambar di bwh menunjukkan kawasan otot tangan yg mengalami kesakitan (bulatan Merah).


Walaupun jalan penyelesaiannya sudah dikeutarakan dengan penghasilan pipet automatik, penggunaannya mengambil masa dan tidak secepat penggunaan pipet biasa. Malah, tidak semua institusi makmal kajian di Malaysia mempunyai kemudahan ini. Kasihan tangan anda, ia perlukan rehat yg lebih. Mungkin jika keadaan ini dibiarkan akan menyebabkan masalah kepada penggunanya pada masa hadapan, seperti masalah penggunaan otot tangan ketika tua. Fikir2kan lah. PEACE!!!!

(Sila rujuk link di bawah utk maklumat lanjut dan lebih terperinci berkenaan penggunaan pipet, kesakitan akibat penggunaan dan cara mengatasinya)

http://www.cdph.ca.gov/programs/hesis/Documents/labwork.pdf

-Orang E_(hati+akal=Hakal 15)-