Rahsia Awet Muda!!!


Anda ingin sentiasa kelihatan muda?senang saja. Minumlah air masak (sebaik2nya air mineral) 2 liter sehari, lebih kurang 8 gelas besar. Jikalau anda berasa dahaga jangan sesekali mengamalkan minuman2 seperti coke, pepsi, kopi susu, ice lemon tea dan lain2 kerana minuman2 sebegini bertindak sebagai ejen diuretik. Apa pula ejen diuretik??

-Ejen diuretik merupakan bahan yg bertindak mengeluar kan air dari sel2 badan dan menggalakkan pembentukan urin (air kencing).

Kandungan gula dan kafein didalam minuman2 ini akan menarik air keluar dari dalam sel badan manusia bagi meneutralkan paras pH dan elektrolit dalam darah. Pengeluaran air dari badan anda ketika anda kehausan (tanda kekurangan air dalam badan) secara x lansung akan mengakibatkan keadaan dehidrasi sel yg mana merupakan punca utama proses penuaan. Salah satu cara bagi menentukan anda dehydrasi atau tidak ialah dengan melihat warna urin anda. Jika kekuningan gelap, anda mungkin sedang mengalami dehydrasi.

Tidaklah sesusah mana untuk mengamalkan petua ini, hanya memerlukan sedikit usaha sahaja. Disamping dapat membantu mengekalkan keremajaan badan, duit pun dapat dijimatkan dan dapat mengelak dari penyakit seperti diabetes. Mari kita perbanyakkan meminum air masak. Mulalah hari ini.

p/s- nak try tulis artikel dalam bahasa melayu yg betul. :D



-Orang E_(hati+akal=Hakal 30)-

1 comments:

ainaez said...

wah!!!bagus2..gunakan bahasa malaysia yang betul..;-)

Post a Comment