Perubatan regeneratif -pig dust / pig powder-


Bagi permulaanya elok la Orang E terangkan apa dia regenerative medicine ni..ni adalah bidang perubatan yg menjurus kepada pembinaan smula struktur badan manusia samaada tisu, tendon, tulang, sel2 n sebagainye menggunakan kaedah2 terkini, unik dan moden..di sebut2 sebagai salah satu future medicine,yg mana diharapkan dapat membantu mempelbaiki kadar keberkesanan bidang perubatan manusia.

Antara penemuan dalam bidang ‘regenerative medicine’ ni adalah satu serbuk yg dihasilkan dari extracellular matrik pundi kencing babi(Orang E tidak pasti cara penghasilan bahan ini).Bahan ini dpat di gunakan untuk ‘regenerate’ tisu dalam badan manusia.Ia di namakan pig dust/pixie dust/pig powder.sbb apa boleh jadi macam ni???sbb di percayai byk signal biokimia pada serbuk tu yg mana memainkan peranan penting dalam menentukan kadar keberkesanan proses regenerate…

Ada test di buat pada sorang individu yg kehilangan sedikit bahagian jari depan..lalu dia amalkan letak serbuk babi/khinzir tu pade jari ..taptuptaptup,lepas beberapa minggu (lebih kurang 4 bulan),jari dah complete macam asal..siap dengan kuku n cap jari lagi..MasyaAllah!!!hebat penemuan ni.kerajaan US dah pun mula melabur byk duit dalam mengkaji bahan ni.mgkin nanti akan gunakan dalam perkhidmatan merawat askar yg cedera dalam peperangan..

Namun begitu, timbul isu bg umat Islam.adakah di bolehkan memakai bahan ini?.dan bagaimanakah jika pada waktu ini, kaedah ini sahaja yg mampu mengatasi masalah2 berkaitan bidang regenerative medicine..tidak di nafikan, penemuan ini merupakan satu fenomena yg hebat.namun bimbingan dari bijak pandai dalam perihal agama perlu bagi memberi pencerahan akan hal ini. Ini kerana hidup bukan hanya kesihatan semata, namun Redha ALLAH yg utama..PEACE!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 3)-

0 comments:

Post a Comment