Terengganu Darul Runtuh???


Tajuk di atas bukan la utk menghina sesiapa, cume ingin menegaskan apa yg berlaku shj. x abis2 kes runtuh2 kat kat negeri kepok lekor ni..dok satu, satu runtuh.. bumbung skolah, bumbung stadium, terminal bas kuala berang, bumbung masjid, ni lantai UMT pulak doh..Orang E pelik juga, dah xde negeri lain ke yg nak jadi kes2 runtuh ni.slalu sangat dah.nak kate xde kelulusan kontraktor tu x tau la..ape diorang x ikut standard ke wat keje2 tu..mungkin juga ni la akibat perbuatan mensub2 kan keje.nak wat keje lantai sub kontraktor lain, keje dinding sub yg lain plak..last2 duit tinggal skit, bahan permbinaan pun d kurangkan standardnya..kasihan mangsa lantai runtuh tu, walaupun mmg ajal maut itu d tangan Allah..Namun kita perlulah mengambil langkah berjaga2.

Pihak berwajib terengganu seharusnya melihat perkara ini dengan serius..bukan sekali kes runtuh berlaku,tetapi berkali2..alahai pihak berwajib, sedarlah!!!!..ini melibatkan nyawa manusia..xkan "dah terberak baru nak cari tandas"..pikir2kan lah..moga tiada lagi kes2 seperti ini berlaku di negeri darul Iman ini..aminnnn, PEACE!!!!!



Preview Kes2 Runtuh di Terengganu



Bumbung Masjid Runtuh.


Runtuhnya Stadium 'Gah' Terengganu.


Petikan karikatur dari Harakah Daily.



-Orang E_(hati+akal=Hakal 19)-

Butterfingers - Bebas



Lirik Lagu


Enjit enjit semut siapa sakit naik
atasarus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas


Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
jangan ketinggalan nanti kita melepas
kita semua perlu tekad

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
usah buang masa itu emas
lupakanlah yang dah lepas

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Biar apa pun terjadi
saya tetap disini
menghapuskan dilema ini

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit-enjit.....

Kita semua perlu bebas ! (3x)


-Orang E_(hati+akal=Hakal 18)-

Senjata terHOT di dunia!!!!!!

Baru2 ini Orang E ada terbaca satu berita yang menarik.Anda pernah dengar nama "bhut jolokia"?? Ia merupakan cili yg diiktiraf paling pedas di dunia oleh world guiness book of records 2007. Di tanam secara meluas dan biasa di gunakan di negara India. Bhut jolokia atau "ghost chili" mampu mencapai sehingga 1,000,000 unit Scoville (unit saintifik yg digunakan utk mengukur kadar kepedasan cili). Yg mana jika dbandingkan, sos Tabasco(biasa di pizzahut) hanya 2,500 - 5,000 unit Scoville dan cili jalapeno hanya 2,500 - 8,000. Bayangkan betapa pedasnya cili ini!!!

Namun begitu,apa kaitan nya senjata dan bhut jolokia??? Pasukan ketenteraan India kini ingin mensenjatakan cili ini..bagaimana?? Cili terpedas didunia ini akan digunakan sebagai gas pemedih mata yg diapplikasikan sebagai bom tangan. Satu langkah yg bijak dari tentera india, kos yg jimat,bahan tidak bertoksid dan effektif. Mungkin kini penjahat2 di India perlu memikirkan utk menggunakan topeng gas sebagai salah satu kelengkapan wajib ketika melakukan jenayah..hahaha.. PEACE!!!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 17)-

PANAS hati, semua pun PANAS!!!!


Orang E ade satu kisah yg PANAS!!!!!hati pun PANAS je bile dengar hal ni.x sangka la kan.ade jugak menjadi perkara2 mcam ni kat Malaysia..ingat kan kat Europe je. Baru2 ni ade sorang sahabat Orang E menceritakan perihal ade hospital swasta ni yg meletakkan syarat kepada nurse2 "xleh bertudung" kalau nak bekerja dgn mereka. Biar betul!!!!ni mmg dah wat org hangin. nape la ade gak org yg biadap camni. bajet dah cukup bagus la hospital tu..padahal........walaupun korang agama lain, tp hormat la agama org lain jugak. knape perlu arahkan sampai mcm tu..alasan ape??x sedap mate memandang??bapak la lagi sopannya kalo tgk org bertudung ni...x menjage hygiene??korang x blajar ke..pakai tudung la lebih bersih..korang tgk je org2 yg sediakan makanan, kena tutup kepala ape. Masuk lab, tutup kepala,rambut kene ikat..kesimpulannye, mmg pakai tudung lagi best. xde la alasan korang nak halang orang pakai tudung ni. melainkan korang yg mmg menyampah tgk org bertudung.ape la nak jadi. Orang E pun pelik, boleh ke polisi syarikat melanggar hak kebebasan mengamalkan agama kat Malaysia ni.ke pihak berwajib dah terlepas pandang hal2 ni..apepun kita2 yg nak bekerja ni pikir2 kan lah..agama dulu ke dunia dulu. Jangan kerana dunia kita lepaskan hal agama, kerana rezki itu dari Allah.yakin la dengan kuasaNYA..PEACE!!!!!

-Orang E_(hati+akal=Hakal 16)-

Kesan Penggunaan Pipette


Tahukah anda akan peralatan yg bernama "pipette" atau pipet.Ia adalah salah satu peralatan yg dgunakan secara menyeluruh di setiap makmal kajian biologi, hampir tidak mungkin akan kita jumpa makmal tanpanya. Ia merupakan alat yg digunakan utk memindahkan sejumlah cecair dari satu tempat ke tempat yg lain. Kebiasaannya didalam volume microliter(µl)..(gambar di sebelah)

Namun begitu, adakah anda sedar atau tidak, penggunaan pipet yg berterusan mungkin akan mengakibatkan kesakitan otot di tangan anda. Hasil dari pemerhatian dan pengalaman Orang E, kebanyakan pekerja dimakmal seperti teknologis makmal dan pelajar sains secara minimumnya akan melakukan 50kali pipetan sehari.cuba anda bayangkan, tekanan yg dialami oleh tangan mereka. Orang E juga pernah melakukan pipetan sehingga 600kali sehari..mmg otot tangan akan merasa sgt letih. Ini baru sehari, jika tiap2 hari aktiviti yg sama..iskh2.. Gambar di bwh menunjukkan kawasan otot tangan yg mengalami kesakitan (bulatan Merah).


Walaupun jalan penyelesaiannya sudah dikeutarakan dengan penghasilan pipet automatik, penggunaannya mengambil masa dan tidak secepat penggunaan pipet biasa. Malah, tidak semua institusi makmal kajian di Malaysia mempunyai kemudahan ini. Kasihan tangan anda, ia perlukan rehat yg lebih. Mungkin jika keadaan ini dibiarkan akan menyebabkan masalah kepada penggunanya pada masa hadapan, seperti masalah penggunaan otot tangan ketika tua. Fikir2kan lah. PEACE!!!!

(Sila rujuk link di bawah utk maklumat lanjut dan lebih terperinci berkenaan penggunaan pipet, kesakitan akibat penggunaan dan cara mengatasinya)

http://www.cdph.ca.gov/programs/hesis/Documents/labwork.pdf

-Orang E_(hati+akal=Hakal 15)-


Adakah Anda Pasti!!!!!

Adakah anda pasti anda kuat makan??mampu menghabiskan 5 pinggan nasi ayam??anda mungkin akan berfikir berkali2 bila anda melihat gambar di bawah.pinggan terbesar di dunia!!!!.PEACE!!!!!



-Orang E_(hati+akal=Hakal 14)-

Lintasan Kuda Belang, Pejalan Kaki dan Pemandu Hampeh..


Orang E pelik betul tgk gelagat pemandu kereta kat malaysia ni(moto pun same). Diorang tau x fungsi lintasan zebra yg berbelang2 putih hitam kat tgh2 jalan raya tu.Bukan takat tu je, siap ade lampu isyarat lagi.Kebanyakan pemandu yg Orang E jumpe,selambe dek je lalu lintasan zebra tu mase lampu isyarat merah. Kalau la tetibe ade pejalan kaki yg melintas kene langgar,mmg nak kena la pemandu tu.belasah ramai2 pun xpe.Ingat Zebra ke yg melintas..Mcm kwsan yg Orang E tinggal skrang, tempat kwsn perumahan flat.so mmg sure la ramai anak2 kecil, org2 tua, org gila yg melintas..bukannye susah,berenti sekejap kalau lampu merah..tunggu org2 tu melintas kejap..xlame pun,dalam 2 minit je bukannye setengah jam..tu pun malas.Mmg degil tul org Malaysia ni..lagi satu, dah tau tu kawasan perumahan..jgn la ngade2 bawak mcm kereta F1. kereta F1 1Malaysia pun x selaju tu (isu sensitif skit)hehe..ni bukannye litar F1 dalam bandar mcm kat Monaco tu..pemandu2 Malaysia,bile la nak brubah..dah la ekonomi x aman, politik x aman..xkan jalan raye pun x aman jugak..hmm.pikir la wei!!!PEACE!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 13)-

Tanah utk Di jual


Anda berminat utk memiliki tanah d Malaysia??inginkan tempat bercuti yg sejuk dan dingin..dekat dgn tempat Hiburan terkemuka di Malaysia..berikut adalah sedikit info tanah tersebut..

LOKASI: Gohtong Jaya (sebelum Genting Highlands)
KELUASAN: 24000 kaki persegi (sesuai utk lot banglo yg sgt besar)
HARGA SEBELUM RUNDINGAN: RM30 x 24000kaki persegi = RM720,000 (boleh dirunding)
KEMUDAHAN: Geran freehold, jalan raya tersedia ada, dekat dgn kemudahan kereta kabel ke Genting Highlands, hanya 20 minit ke Kuala Lumpur.


Peringatan, hanya utk "genuine buyer" sahaja. Sesiapa yg berminat, boleh lah menghubungi Orang E, tinggalkan maklumat utk Orang E menghubungi anda di kotak komen.Segala maklumat tambahan akan diberitahu kemudian..PEACE!!!!

-Orang E_(Hati+akal=Hakal 12)-

Fish Fillet with Mushroom Sauce


Anda suka makan???ya, Orang E juga begitu..tp adakah anda suka memasak??Orang E ikut mood..kekadang ya, n kekadang tidak..Fish Fillet with Mushroom sauce adalah hasil ciptaan Orang E pada suatu ketika dulu.tatkala semangat memasak menusuk kalbu, hasil ikutan dari tontonan rancangan Chef At Home oleh Chef terkemuka, Micheal Smith..tidak di nafikan,rancangan tv mmg mempengaruhi pemikiran anda.Oleh itu, pilih la rancangan tontonan anda dgn tepat dan bernas. Fish Fillet with Mushroom sauce dimasak dgn menggunakan fillet pollock fish,di masak separa garing dan kemudian dimakan bersama sos cendawan istimewa ramuan Orang E.hiasan daun sup yg segar diatas ikan telah dikayakan dengan sedikit rasa sos limau. Rasa keseluruhan juadah agak menarik dan lazat.Namun begitu masih byk ruang2 yg boleh diperbaiki lagi oleh Orang E pada masa hadapan..PEACE!!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 11)-

HUMMUS

Korang tau ape itu hummus??kalo korang penah menonton movie "dont mess with the zohan" mungkin korang akan tau ape itu hummus. Secara asasnye, hummus merupakan bahan makanan yg terkenal d negara timur tgh. Ianya di buat daripada kacang kuda yg direbus dan di lenyek, dicampurkan dengan sedikit minyak zaitun, jus lemon, bawang putih dan garam. Ianya di gunakan sebagai bahan pencicah makanan.(kalau kat malaysia ni cam kuah kari cicah ngan roti la)..baru2 ni Orang E ada menikmati hummus di salah sebuah restoran arab d kuala lumpur(gambar selitan).mmg best!!!tp kalau makan terlampau byk,mmg akan rasa mual dan meloyakan. Ironinya, walaupun d perbuat daripada kacang kuda, warna hummus adalah putih melepak..PEACE!!!!




-Orang E_(hati+akal=Hakal 10)-

KONSERT LIFELINE 4 GAZA


Orang E hanya tolong menyampaikan info ini sahaja.Jika berminat sila hubungi orang yg berkenaan..PEACE!!!


KONSERT LIFELINE 4 GAZA.
AJURAN: HALPalestin, HALSiswa, KARISMA & MAWADDAH
TARIKH: 26hb MAC 2010
TEMPAT: Auditrm MBSA
TIKET : VIP(RM30), Biasa(RM10)
NO. KONTEK: 013-5900750(Anaqi)



-Orang E_(hati+akal=Hakal 9)-

TRAVELOG Seorang Da'i - Review


Merupakan sebuah buku nukilan Ustz Abdul Rahman Mohamed, seorang tokoh agama kelahiran singapura.Buku ini merupakan satu cerpen penceritaan pengalaman kisah2 suka duka yg dilalui oleh beliau dari kecil hingga besar.Orang E amat mengesyorkan bagi setiap individu muslim membaca buku ini.Boleh d jadikan teladan didalam kehidupan seharian,bagaimana susah dan senang seorang insan yg menggalas gelaran Da'i di bahunya. Tidak jemu menyampaikan ajaran agama walaupun pelbagai halagan yg mendatang.Ini lah semangat yg patut disematkan dalam diri individu muslim kini.PEACE!!!!

-Ustz Abdul Rahman Mohamed:
"Aku persembahkan buku ini utk berkongsi pengalaman dengan para pembaca kaum muslimin dan muslimat.Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupkan sejak kecik, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapat hidayah, bertugas d masjid, difitnah kefahaman wahabi hingga dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dgn inayah Allah.
"berakit2 dahulu,berenang2 ke tepian"
Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan d kemudian hari.Aku harapkan dengan segala coretan ini segala pengalamanku akan dijadikan perbandingan dan pengajaran.Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca dan percayalah kesusahan hidup bukan hukuman,sebaliknya ia adalah ujian utk mendapat yg terbaik."



-Orang E_(hati+akal=Hakal 8)-

Lonely


I’m alone,
Although I’m in a crowd,
Everyone walk pass me,
Like I’ve never stand in those crowd,
I wanna shout,
Make them knew,
Make them realize,
That I’m also part of the crowd,
But my voice won’t come out,
Feels like a ball stuck in my mouth,
A ball that I can’t never take it out,
Unless when the crowd r gone,
As silence taking over the surrounding sound.
But then,
It’s no point in shouting anymore,
No one will hear me,
Eventhough I shout my heart out,
Nothing will ever change,
I don’t wanna have this feel again,
Feel of lonely,
And pains reside within me,
So I must live till the other day,
To make sure that I’m no longer consumed,
By a disease named “lonely”.


-Orang E_(hati+akal=Hakal 7)-

Ekspresi Muka Tepi


Ekspresi Muka Tepi,
kekalkan ekspresimu dikala sepi,dikala sunyi, dikala happy,kerana ekspresi muka tepi lebih ikhlas di hati, dan kekal tatkala mati,usah biarkan ekspresi muka tepimu umpama botol, yg sama seginya d belakang depan dan tepi..kerana ekspresi muka tepi itulah, penyimpan segala rahsia di hati.. PEACE!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 6)-

Butterfingers - Mati Hidup Kembali


Walaupun judul lagu ini bukan menegaskan realiti kehidupan sbnr,yang mana kita hanya Mati dan Hidup Kembali di hari Kebangkitan.namun lirik2 lagu ini amat menarik perhatian Orang E.Tidak disangka artis Malaysia masih mampu menghasilkan lagu2 yg berayat puitis dan indah.dan tidak pula disangka ianya datang dari satu kumpulan pemuzik muda.Ini mengembalikan alunan memori indah lagu2 zaman Allahyarham p.ramlee, yg mana sentiasa berlagukan ayat2 puitis..Butterfingers-Mati Hidup Kembali..PADU!!!!PEACE!!!!



Lirik Lagu

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan bunyian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan




-Orang E_(hati+akal=Hakal 5)-

Latihan Minda


Minda juga penting utk di latih.bukan saja patut kita idamkan badan yg sasa dan penuh tenaga,kita juga patut idamkan minda yg sihat, tajam dan peka..Pelbagai latihan minda yg boleh kita lakukan, contohnya bermain teka kata, permainan ingatan, warna dan sebagainya..Namun, yg paling Orang E minati utk melatih minda adalah melalui permainan sudoku. Mmg rumit pada awalnya, namun lama kelamaan kita akan rasa seronok dan asyik dgn permainan tersebut. Sebagai salah satu permainan minda yg makin d gilai ramai, buku2 dan internet byk menyediakn kemudahan utk bermain permainan ini. Cuba lah skali,pasti anda akan tertarik. JOM BERIADAH MINDA!!!!!PEACE!!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 4)-

Perubatan regeneratif -pig dust / pig powder-


Bagi permulaanya elok la Orang E terangkan apa dia regenerative medicine ni..ni adalah bidang perubatan yg menjurus kepada pembinaan smula struktur badan manusia samaada tisu, tendon, tulang, sel2 n sebagainye menggunakan kaedah2 terkini, unik dan moden..di sebut2 sebagai salah satu future medicine,yg mana diharapkan dapat membantu mempelbaiki kadar keberkesanan bidang perubatan manusia.

Antara penemuan dalam bidang ‘regenerative medicine’ ni adalah satu serbuk yg dihasilkan dari extracellular matrik pundi kencing babi(Orang E tidak pasti cara penghasilan bahan ini).Bahan ini dpat di gunakan untuk ‘regenerate’ tisu dalam badan manusia.Ia di namakan pig dust/pixie dust/pig powder.sbb apa boleh jadi macam ni???sbb di percayai byk signal biokimia pada serbuk tu yg mana memainkan peranan penting dalam menentukan kadar keberkesanan proses regenerate…

Ada test di buat pada sorang individu yg kehilangan sedikit bahagian jari depan..lalu dia amalkan letak serbuk babi/khinzir tu pade jari ..taptuptaptup,lepas beberapa minggu (lebih kurang 4 bulan),jari dah complete macam asal..siap dengan kuku n cap jari lagi..MasyaAllah!!!hebat penemuan ni.kerajaan US dah pun mula melabur byk duit dalam mengkaji bahan ni.mgkin nanti akan gunakan dalam perkhidmatan merawat askar yg cedera dalam peperangan..

Namun begitu, timbul isu bg umat Islam.adakah di bolehkan memakai bahan ini?.dan bagaimanakah jika pada waktu ini, kaedah ini sahaja yg mampu mengatasi masalah2 berkaitan bidang regenerative medicine..tidak di nafikan, penemuan ini merupakan satu fenomena yg hebat.namun bimbingan dari bijak pandai dalam perihal agama perlu bagi memberi pencerahan akan hal ini. Ini kerana hidup bukan hanya kesihatan semata, namun Redha ALLAH yg utama..PEACE!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 3)-

Kaya??biar berilmu dan benar..

Ingin kaya??biarlah betul caranya dan benar perbuatannya..mmg benar byk cara utk kaya,dah byk pula dari itu cara yg salah dan haram lakunya..lihat saja iklan2 di internet..jgan la mudah terpedaya dan tertipu dengan hal sebegini..ada yg berkata,"tp mmg benar dapat untung ni, byk giler la.mmg boleh kaya cepat.aku saksi yg mende ni betul2 berjaya"..inilah bukti percakapan hati yg tidak berlandaskan minda dan agama, pikirkan cara dan sumber kekayaan itu dulu sbelum menyertai.adakah anda pasti caranya betul2 halal dan berlandaskan agama.biarpun kalangan mereka "claim" yg biness itu mmg berlandaskan syariat agama, periksa lah dahulu dari mereka yg lebih arif.Baru2 ini, heboh perihal infinity downline(ID) di Facebook. DI sini Orang E menyelitkan info2 berkaitan ID berdasarkan transaksi ilmu ustz zaharuddin dan seorang peniaga internet berjaya, saudara irfan khairi:



-Ust. Zaharuddin Abd Rahman:
"semalam, saya ada berbalas email dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berkenaan satu urusan bisnes. Terlanjur beliau menghantar email kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk meminta pandangan beliau berkenaan Infinity Downline khususnya dari sudut kewibawaan bisnes dan kebolehpercayaan.

Berikut adalah jawapan beliau melalui emailnya kepada saya. Itulah jawapan pakar jualan melalui internet yang sering dijadikan rujukan dalam hal pemasaran internet. Kesimpulan, beliau bersetuju dengan saya bahawa Infinity Downline adalah SKIM CEPAT KAYA.

Harap jangan pula ada yang akan menuding jari bahawa Irfan Khairi tidak mengetahui beza program, MLM, Affiliate dan Skim cepat kaya. Antara Jual barang sebenar dan jual kepala cepat kaya"
________________________________________________________________________________

From: RahsiaInternet.com
To: zaharuddin arahman
Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM
Subject: Re: explaination from Irfan Khairi ;)

Assalamualaikum Ustaz,

great to hear from you.

Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there ;)

The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.

I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya ;) and i would say that too for infinity downline.

the thing is, most people (malay's unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dah dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the "want to be cepat kaya urge". which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.

Best wishes to you and your family there.

-irfan Khairi-


Nah!!tempelak ilmu dari dua org yg hebat.ini hanya satu contoh sahaja, byk lagi yg masih berkeliaran di luar sana.beringat la semua, kekayaan dunia di cari bukan atas dasar utk keselesaan di dunia sahaja. tetapi yg sbenarnya utk keselesaan di dunia dan di akhirat sana.PEACE!!!!


-Orang E_(hati+akal=Hakal 2)-

Persepsi Muka Baru

Tulislah dari hati dan akalmu, bukan hanya dari hatimu dan bukan hanya dari akalmu, kerna hanya dengan hati itu nafsu, mampu meracun hati dan perasaanmu..dan jika hanya dengan akalmu, mmg itu satu ilmu..namun ianya tidak berirama dan tidak bernyawa, hanya mampu mengisi ruang akalmu tidak pula dalam batinmu..kerana kita lah tangan2 dunia, yg mencorak segala2..suka, duka, sengketa, dusta, bencana, gembira..maka fikirlah dan rasailah tulisan tanganmu dengan berbekalkan akal dan hatimu.moga corak yg di ukir bersama, menghasilkan karya bertintakan cinta..PEACE!!!!!!



-Orang E_(hati+akal=Hakal 1)-